Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

Saturday, March 20, 2010

LATAR BELAKANG KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN PERMATA "A"

1 LATAR BELAKANG KAWASAN RUKUN TETANGGA
TAMAN PERMATA ‘A’

SEJARAH

• Dahulunya tapak Taman Permata ini adalah kawasan Kebun Getah
Syarikat Wardieburn
• Pemaju kawasan Taman Permata ialah BITARIA SDN BHD.
Syarikat tersebut telah membangunkan kawasan perumahan Taman Permata kepada Empat (4) Fasa iaitu pada :

Tahun 1976-1980 : Fasa 1 dan Fasa 2
Tahun 1980-1981 : Fasa 3
Tahun 1982-1983 : Fasa 4 dan Fasa 4A ( Kedai-kedai)


NOTA : Sekeliling kawasan Taman Permata terdapat Jalan Permata 1 hingga Jalan Permata 23,Persiaran Permata dan Changkat Permata untuk kawasan kedai.

• Jenis-jenis rumah yang terdapat di Taman Permata ialah:
 2 Bilik Compact House (2 Tingkat)
 3 Bilik Setingkat
 4 Bilik Link House (2 Tingkat)
 6 Bilik Kembar dua (Semi D)- 2 Tingkat
 Bangunan kedai 3 Tingkat
 Pasaraya Giant


• Bilangan Unit Rumah
Fasa 1 & 2 dan Rumah kedai – 650 unit ( Jalan 1- Jalan 13
di Changkat Permata)
Fasa 3 & 4 - 450 unit (di Jalan 14- Jalan 23)

Jumlah 1100 unit

NOTA: Fasa 3 & 4 (450 unit rumah) di Jalan Permata 14 hingga
Jalan Permata 23 berada dalam kawasan KRT Taman
Permata ‘A’
• PROFIL KOMUNITI

 Bilangan penduduk keseluruhan Taman Permata berjumlah
6000 orang iaitu 1100 unit @ 6 orang seunit.

 80 % daripada jumlah penduduk adalah orang Melayu dan 20%
Terdiri daripada orang Cina, India dan lain-lain

 Pecahan Mengikut Umur
Dewasa / Tua 25%
Remaja 50%
Kanak-kanak 25%

 Pekerjaan

 40% daripada penduduk bekerja dengan Kerajaan
 45% pula bekerja dengan Swasta,Korporat,ataupun berkerja sendiri .
 15% adalah suri rumah

• KEMUDAHAN

 Kemudahan tenaga letrik dan air yang baik.
 Sistem pengaliran air hujan yang baik.
 Jalan-jalan yang baik.
 Terdapat Masjid, Surau ,Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama,Tadika Swasta ,Pusat Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain Swasta,Pusat Tuisyen,Restoran,7 Eleven,Pasaraya,Kedai-kedai,Farmasi,Klinik gigi,Kedai buku,Kedai gambar,Pesuruhjaya Sumpah dan berbagai-bagai lagi.

• PARTI POLITIK

 UMNO
 MCA
 MIC
 PAS
 KEADILAN (PKR)

• AKTIVITI NGO

 KRT Taman Permata ‘A’
 Kelab Sukan RT Taman Permata
 Belia 4B Permata Baru
 Rumah Kebajikan Ambuillam

• PROFIL ORGANISASI KRT TAMAN PERMATA ‘A’
BERALAMAT PADANG JALAN 16,TAMAN PERMATA
53300 KUALA LUMPUR

 KRT Taman Permata ‘A’ telah ditubuhkan
2hb Mei 1991 dan telah digazetkan pada 25 April
1992 di bawah naugan Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat ketika itu.
 Sekarang ini Rukun Tetangga Taman Permata ‘A’ merupakan salah satu Pertubuhan Sukarela yang diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri.
 Di antara objektifnya ialah memelihara,meningkat, dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi Nasional serta membimbing dan mendidik masyarakat setempat kea rah Kerukunan,Permuafakatan dan Kemesraan.
 Sejak tahun 1991 KRT Taman Permata ‘A’ telah menganjurkan pelbagai program/aktiviti kemasyarakatan.

2 comments: