Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

Saturday, March 20, 2010

PELAKSANAAN AKTIVITI RUKUN TETANGGA /AKTIVIT1 2009

3. PELAKSANAAN AKTIVITI RUKUN TETANGGA / AKVITIVI 2009

3.1 Tiga bulan sebelum sesuatu program /aktiviti dianjurkan AJK RT
Induk akan menerima dan meluluskan cadangan program/aktiviti
Yang hendak dianjurkan oleh AJK Jiran-jiran atau AJK Biro-biro.
Semua AJK akan bekerjasama dan tolong menolong untuk
Mempastikan kejayaan sesuatu program atau aktiviti.

3.2 RT Taman Permata ‘A’ menganjurkan dua jenis aktiviti iaitu:

3.2.1 PROGRAM/AKTIVITI TETAP

Bil Tarikh Program/Aktiviti

1. (Setiap hari)
(8.30-10.30 pg)
(2.30-5.00 ptg) Program Khidmat Sosial Kanak-Kanak &Remaja
-Galakan membaca buku, ping pong, karom, catur, congkak, badminton dan permainan luar:bola sepak, bola keranjang, bola tampar & sepak
takraw. (BIRO PENDIDIKAN)

2. (Setiap hari)
(8.30-10.30 pg)
(2.30-7.00 ptg) Program Celik Komputer-(BIRO E-KOMUNITI)

3. Setiap Isnin
(8.30-11.30mlm) Kelas Seni Silat Sendeng-(BIRO SUKAN & REKREASI)

4. Setiap Rabu
(8.00-10.00mlm) Kelas Seni Silat PERSIMA-(BIRO SUKAN & REKREASI)

5. Setiap Isnin, Selasa, Rabu & Khamis
(8.00– 10.00 mlm) Program Kelas Bimbingan Pelajar Cemerlang
(Kanak-kanak/Remaja) -(BIRO PENDIDIKAN)

6. Setiap Jumaat
(8.00-9.00 mlm)
(9.00-10.30 mlm) Kelas Berzanji & Marhaban Wanita dan Kelas Pengajian Agama Islam-(JIRAN WANITA)

7. Setiap Sabtu
(5.00-7.00ptg) Kelas Seni Silat Gayong-(BIRO SUKAN & REKREASI)

8. Setiap Sabtu
(8.00-10.00mlm) Kelas Karate-Do-(SUKAN & REKREASI)

9. Setiap Selasa/Rabu & Sabtu (11.00-3.00pg) Skim Rondaan Sukarela-(BIRO KESELAMATAN)

10. Setiap Sabtu
(2.00-6.00 ptg) Bengkel (Kelas) Menjahit Pakaian Untuk Wanita-(JIRAN WANITA)

11. Setiap Ahad
(8.30-12.30 t/hari)
(2.00-6.00 ptg) Bengkel (Kelas) Menjahit Pakaian Untuk Wanita-(JIRAN WANITA)


3.2.2 PROGRAM/AKTIVITI SEMASA RT

Bil Tarikh Program/Aktiviti Anjuran/Tempat

12. Ahad (28 Jun 09)
(8.00-2.00 ptg) Pogram Jelajah AADK Bersama Masyarakat.
AADK AMPANG Bersama AJK Rukun Tetangga-Dewan KRT

13. Ahad (24 Mei 09)
(3.00-5.45 ptg) Majlis Jamuan Ramah Mesra Jiran Muda & Tunas Jiran. AJK Jiran Muda & AJK Tunas Jiran-Dewan RT

14. Ahad (11 oktober 09)
(8.00-1.30 mlm) Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah AJK Induk-Dewan RT

15. Isnin,Selasa,Rabu
(23,24,& 25 November 2009) Pertandingan Badminton Antara Ahli Kelab Badminton Jiran Muda & Tunas Jiran Jiran Muda / Tunas Jiran-Dewan RT

16. Sabtu & Ahad,12 & 13 Disember 2009 Pertandingan Ping Pong Terbuka Biro Sukan & Rekreasi-Dewan RT

17. Sabtu & Ahad 19,20,26,27 Disember 2009 Pertandingan Badminton Terbuka Biro Sukan & Rekreasi- Dewan RT

18. Ahad( 27 Disember 2009 )
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ping Pong Terbuka 2009
& Pertandingan Badminton Terbuka 2009 Biro Sukan & Rekreasi- Dewan RT

19. Ahad (27 Disember 2009 ) Majlis PenyampaianHadiah dan Sijil Penyertaan Untuk ParaPeserta Program-Galakan Pembaca BukuTerbanyak Anjuran AJK Biro Pendidikan.- Dewan RT

20. Ahad (27 Disember 2009 )Majlis PenyampaianSijil Penyertaan Kursus Menjahit Pakaian
Wanita Anjuran JiranWanita RT.- Dewan RT

21. Sabtu (28hb Februari 09) (8.00-11.00 mlm) Mengaktifkan Semula Laman Web (Portal) RT
Biro E-Komuniti-(Komputer)- Di Bilik Komputer

22. Isnin (16hb Mac 09) Selasa(17hb Mac 09) (8.30pg-6.00 ptg) Pertandingan Ping pong Tunas Jiran (Perseorangan & Bergu) AJK Tunas Jiran-Di Dewan RT

23. Sabtu (28hb Mac 09) (8.30pg-1.00 ptg) (2.00 – 7.00 ptg) Ahad (29hb Mac 09) (8.00-11.00 mlm) Pertandingan Nasyid Kategori Remaja (Bawah 15 Tahun) & Dewasa.(Peringkat Saringan)
-Pertandingan Nasyid-Peringkat Akhir Biro Kesenian & Kebudayaan-Di Dewan KRT Taman Permata‘A’-Di Dewan KRT Taman Permata‘A’

24. Sabtu(11hb April 09) Ahad (12hb April 09) (8.30-1.00 ptg) (2.00-6.00 ptg) Pertandingan Karom (Perseorangan & Bergu) Biro Sukan & Rekreasi-Di Dewan Perpustakaan Mini RT

25. Ahad (19hb April 09)(2.00-6.00 ptg) Pertandingan Catur Biro Sukan & Rekreasi-Di Dewan RT

26. Ahad (26hb April 09)(8.30-1.00 ptg) (2.00-6.00 ptg) Pertandingan Sepak Takraw Antara Regu Jemputan Biro Sukan & Rekreasi -Di Gelanggang Serbaguna RT

27. Isnin (27 April 2009)2.30 ptg– 6.00 ptg Kelas Membuat Cokelat(Ala Farrero Rocher) AJK Jiran Wanita-Dewan RT

28. Sabtu (16hb Mei 09)(8.30-1.00 ptg)(2.00-6.00 ptg) Pertandingan Karom Tunas Jiran
AJK Tunas Jiran-Dewan Perpustakaan Mini RT

29. Sabtu (30hb Mei 09)(8.30-1.00 ptg)(2.00-6.00 ptg) PertandinganBola Sepak (7 Sebelah) Bawah 14 Tahun AJK Jiran Muda-Padang Jln Permata 16

30. Rabu - Ahad(10-14hb Jun 2009) Lawatan Muhibbah Ke Indonesia(Jakarta – Puncak – Bandung) AJK Induk RT Jakarta - Puncak-Bandung

3.3 JALINAN HUBUNGAN LUAR

KRT Taman Permata ‘A’ sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan-sokongan kepada organisasi-organisasi yang menganjurkan program/aktiviti kemasyarakatan iaitu organisasi seperti berikut:

3.3.1 Polis Di Raja Malaysia iaitu Balai Polis Taman Melawati dan IPD Ampang.

3.3.2 Anti Dadah Kebangsaan Kawasan Ampang

3.3.3 Gerakan Ehsan Selangor

3.3.4 Pertubuhan Gerakan 4B Permata Baru

3.3.5 Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Parlimen Gombak

3.3.6 Penyelaras Kawasan Parlimen Gombak Kerajaan Barisan Nasional

3.3.7 Penyelaras Kawasan DUN Hulu Kelang Kerajaan Barisan Nasional.

3.3.8 Pasukan RELA (Kawasan Sentul)

3.3.9 Persatuan Jiran Aman Rakyat Malaysia (PEJARAM)



3.4 PENGURUSAN SKIM RONDAAN SUKARELA

3.4.1 Seramai 20 orang permastautin menyertai Skim Rondaan Sukarela
yang dikendalikan oleh AJK Biro Keselamatan.

3.4.2 Rondaan dijalankan seminggu dua (2) kali iaitu:-

3.4.3 Setiap Selasa atau Rabu dan Setiap Sabtu mulai 10.00 malam hingga
2.30 pagi.

3.4.4 Skim Rondaan Sukarela dijalankan bagi mencegah/menghapuskan
kes-kes seperti ragut,mencuri,pecah rumah, merompak,pecah cermin
kereta,mencuri besi-besi longkang, gejala sosial dan sebagainya.

3.4.5 Skim Rondaan Sukarela tersebut telah dapat mengurangkan Kes-kes
jenayah dan gejala sosial di Kawasan KRT Taman Permata ‘A’


3.5 PROJEK RUKUN TETANGGA

3.5.1 KRT Taman Permata ‘A’ telah menganjurkan berbagai program/Aktiviti sepanjang tahun 2009 untuk masyarakat setempat dan Kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Taman Permata.

3.5.2 AJK RT Taman Permata ‘A’ juga telah menjalankan beberapa Projek seperti berikut :-

3.5.3 Projek Perpustakaan Mini galakan membaca buku Terbanyak anjuran Biro Pendidikan,terbuka kepada Kanak-kanak dan remaja.

3.5.4 Projek Celik Komputer anjuran Biro E-Komuniti, Menggalakkan penggunaan komputer dan melayari Laman web.

3.5.5 Projek Pusat Latihan Menjahit Pakaian anjuran AJK Jiran Wanita pada setiap Sabtu 2.30-6.00 petang setiap Ahad iaitu sesi pagi dari jam 8.30-12.00 Tengahari dan sesi
petang dari 2.00 petang hingga 6.00 petang

No comments:

Post a Comment