Myspace Marquee Text - http://www.marqueetextlive.com

Saturday, March 20, 2010

PENTADBIRAN JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

2. PENTADBIRAN JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

2.1.Carta Organisasi RT
2.1.1 Enam (6) orang Pegawai RT terdiri daripada
 Seorang Pengerusi & Naib Pengerusi
 Seorang Setiausaha & Penolong Setiausaha
 Seorang Bendahari & Penolong Bendahari

2.1.2. KRT Taman Permata ‘A’ telah menubuhkan AJK Jiran Usia Emas,AJK Jiran Wanita,AJK Jiran Muda dan AJK Tunas Jiran.Ketua-ketua dan AJK Jiran-jiran tersebut akan menganjurkan program/aktiviti mengikut kumpulan umur seperti berikut :-

2.1.2.1 Jiran Usia Emas (lelaki & wanita)
(55 tahun ke atas)

2.1.2.2 Jiran Wanita
(Wanita 21 tahun ke atas)
2.1.2.3 Jiran Muda
(Remaja berumur 13 - 21 tahun)

2.1.2.4 Tunas Jiran
(Kanak-kanak berumur 5 tahun - 12 tahun)

2.1.3 AJK Jiran-jiran tersebut disokong pula dengan sepuluh (10),AJK Biro-Biro iaitu Biro Pendidikan,Biro Kebajikan,Biro Sukan & Rekreasi,Biro Ekonomi,Biro E-Komuniti(Komputer),Biro Keselamatan,Biro Pengawal Keselamatan,Biro Penerangan,Biro Kesenian & Kebudayaan dan Biro Khairat Keluarga (ETIQA)
2.1.4 Lima(5) orang AJK Induk RT yang tidak memegang apa-apa jawatan akan membantu menjayakan program aktiviti yang dianjurkan RT.

NOTA : SILA LIHAT LAMPIRAN,CARTA ORGANISASI


2.2 MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA RUKUN TETANGGA TAMAN PERMATA ‘A’
DAERAH GOMBAK,SELANGOR TAHUN 2009


Bil Tarikh Kehadiran AJKKRT Surat panggilan Mesyuarat Minit Mesyuarat
30 Januari 2009 25 Orang 23 Januari 2009 23 Januari 2009
21 Mac 2009 28 Orang 14 Mac 2009 14 Mac 2009
2 Mei 2009 32 Orang 24 April 2009 24 April 2009
1 Ogos 2009 27 Orang 25 Julai 2009 25 Julai 2009
29 September 2009 28 Orang 23 September 2009 23 September 2009
8 November 2009 30 Orang 1 November 2009 1 November 2009

2.2.1 Penubuhan Jawatankuasa / Cawangan / Biro-biro

Cawangan Nama Ketua Bil AJK Bil Mesyuarat/Tarikh Bil Aktiviti/ Tarikh Rujukan Fail
Jiran Wanita Hjh Mariam Lope Hashim 41 Orang a)30 Januari 2009
b) 21 Mac 2009
c) 2 Mei 2009
d) 18 Julai 2009
e) 26 September 2009
f) 14 November 2009
43 Aktiviti
Rujuk Laporan Jiran Wanita
Jiran Muda Nur Fareha Sazilli 9 Orang a)14 Mac 2009
b) 18 Oktober 2009
Jan-Dis 2009 Rujuk Laporan Jiran Muda
Jiran Warga Emas Siah Omar 17 Orang a)21 Mac 2009
b) 25 November 2009 2 Kelas Agama & Galakan Berniaga
Tunas Jiran Auji Hairu Hairuddin 7 Orang a)1 Mac 2009
b) 9 Mei 2009 2 Pertandingan bola sepak & badminton


2.2.2 BIRO-BIRO

Biro-biro Nama Ketua Bil AJK Bil Mesyuarat Bil Aktiviti
Biro Keselamatan Thomas A/L Anthony 40 6 SRS pada setiap Selasa, Rabu & Sabtu
Biro Pengawal Keselamatan Lt. Kol Ariffin Shah Muhammad 17 5 SRS pada setiap Selasa, Rabu & Sabtu
Biro Kebajikan Hj Ghazali b Zakaria 8 3 Membantu pengurusan jenazah & Melawat jiran sakit
Biro Pendidikan Mohd Harith Mohd Hashim 5 2 Bacaan Buku Sukan
Biro Sukan Mohd Nor Azam Abd Aziz 16 5 5
Biro Ekonomi Mejar (B) Hj Mohd Nor Hj Mohd Din 17 5 Galakan jadi Usahawan
Biro E-Komuniti Mohd Zaki Md Zakaria 7 3 Setiap hari celik komputer
Biro Kesenian & Kebudayaan Arjunan A/L Chellakuthy 13 4
Biro Khairat Keluarga Takaful Etiqa Pahrul Razi Osman 8 3 Sumbangan kapada yang meninggal dunia
Biro Penerangan Hj Ahamad Zambri Wan Chik Bakar 6 3 Edarkan Buletin

2.3 PENGURUSAN KEWANGAN RUKUN TETANGGA


2.3.1 Sumber kewangan RT diperolehi daripada Pengarah
JPN IN Negeri Selangor melalui Pegawai JPN IN Daerah Gombak sebanyak RM4,800 setahun(iaitu RM400.00 sebulan).

2.3.2 Sewaan Dewan Badminton RT sebanyak RM 30.00 sehari dan RM 1200.00 sebulan.Wang tersebut digunakan untuk membiayai kos bil Elektrik,Air ,Telefon dan saguhati sukarelawan yang bertugas di Pejabat Rukun Tetangga.

2.3.3 Projek E-Komuniti: RT Taman Permata ‘A’ berterimakasih kepada JPN IN yang telah menghadiahkan komputer untuk menjalankan Program Celik Komputer dikalangan masyarakat khasnya kanak-kanak dan remaja.Projek E-Komuniti itu juga membantu RT memperolehi sedikit sewa penggunaan komputer sebanyak RM 200.00 ke RM 300 sebulan.Hasil telah berkurangan kerana beberapa komputer telah rosak dan perlu digantikan dengan komputer- komputer yang baru.

2.3.4 Dari masa ke semasa AJK RT akan cuba mendapatkan geran khas daripada JPIN dan sumbangan daripada pertubuhan-pertubuhan orang-orang perseorangan bagi membiayai perbelanjaan sesuatu program/aktiviti

1 comment:

  1. CASINO - JT Marriott Hotel and Casino - JT Marriott Hotel and Casino
    Experience the worlds best luxury 포천 출장마사지 hotel and casino 남원 출장마사지 in 춘천 출장샵 Las 서산 출장마사지 Vegas. Built for 강원도 출장샵 the highest caliber of entertainment, JT Marriott Hotel and Casino is your ticket to

    ReplyDelete